Amaran Hujan Lebat Di 8 Negeri Petang Ini

12 Oct 2024 • 2:42 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Amaran Hujan Lebat Di 8 Negeri Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat di lapan negeri sehingga jam 4 petang ini.

Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu dikeluarkan bagi seluruh negeri Johor.

Di Kedah, hanya pulau Langkawi dijangka alami cuaca ini manakala di Perak, hujan lebat dijangka berlaku di daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Manjung.

Melihat keadaan di pantai timur, MetMalaysia menjangkakan daerah Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman di Terengganu.

Di Pahang pula, daerah yang terlibat ialah Jerantut, Bentong dan Rompin.

Menerusi hantaran yang sama, amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang juga dikeluarkan bagi daerah Klang, Kuala Langat dan Hulu Langat di Selangor dan daerah Jelebu, Seremban dan Kuala Pilah di Negeri Sembilan.

Beralih ke Sabah, hujan lebat dijangka berlaku di daerah Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Masyarakat diingatkan supaya berhati-hati ketika berada di luar dan elakkan mengunjungi kawasan berisiko ketika hujan lebat.

image is not available
Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)