Amaran hujan lebat di KL, Sabak Bernam, Hulu Langat hingga 6 petang

21 May 2025 • 3:28 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 21 MEI: Dua daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam dan Hulu Langat diramal berlaku hujan lebat berserta ribut petir hingga 6 petang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca sama melanda Kuala Lumpur selain beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Agensi itu memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

image is not available
Foto Facebook Malaysian Meteorological Department