
SHAH ALAM, 20 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di Sabak Bernam dan Kuala Selangor sehingga 2 petang ini.
MetMalaysia menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama diramal berlaku di beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Johor dan Sabah.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih., media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

The post Amaran hujan lebat di Sabak Bernam, Kuala Selangor hingga 2 petang appeared first on Selangorkini.
