Amaran Hujan Lebat Di Tiga Negeri Petang Ini

12 Mar 2026 • 2:11 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Amaran Hujan Lebat Di Tiga Negeri Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di tiga negeri sehingga jam 4 petang ini.

Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia berkata hujan lebat akan melanda negeri Pahang iaitu di Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

Baca juga:

Amaran turut membabitkan daerah Segamat, Batu Pahat, Kluang, Pontian dan Kulai di Johor.

Selain itu, cuaca buruk juga diramal berlaku di Sri Aman, Sibu (Selangau), Mukah (Mukah) dan Bintulu di Sarawak.

image is not available
Kredit: MetMalaysia

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.

Ekoran itu, orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati dan tidak berada di kawasan yang berisiko.