Enam Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi Ini

12 Mar 2026 • 10:33 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Enam Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri sehingga jam 2 pagi ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri terlibat seperti Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Sarawak dan Sabah diramal hujan.

"Di Kedah, daerah yang diramal hujan adalah Kuala Muda, Baling dan Kulim. Manakala di Perak pula meliputi daerah Kuala Kangsar, Batang Padang dan Muallim.

"Bagi Pahang, beberapa kawasan diramal hujan seperti Lipis dan Raub. Sementara itu, Selangor pula termasuk dua daerah seperti Gombak dan Petaling.

"Beralih ke Sarawak pula termasuk Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song dan Belaga) dan Miri (Beluru dan Telang Usan). Di Sabah seperti Pedalaman (Tenom, Nabawan dan Keningau)," maklum kenyataan itu.

Baca juga:

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.