Amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di tujuh negeri

LocalEnvironment
1 Oct 2026 • 2:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di tujuh negeri
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh ngeri.

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang melibatkan tujuh negeri  sehingga jam 5 petang, hari ini.

Menurut MetMalaysia menerusi hantaran di laman X rasmi, amaran berkenaan melibatkan beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Di Perak, kawasan yang terlibat ialah Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta, manakala di Kelantan membabitkan Kuala Krai.

Di Terengganu, amaran melibatkan Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Setiu dan Kemaman.

Sementara itu, kawasan di Pahang yang terlibat ialah Jerantut, Kuantan, Lipis, Cameron Highlands dan Maran.

Di Johor pula, amaran melibatkan Johor Bahru, Pulai, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

Bagi Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Limbang, Lawas, Sri Aman, Sibu, Bintulu, Betong dan Samarahan.

Di Sabah, amaran meliputi kawasan Pedalaman termasuk Beaufort, Membakut, Sipitang, Tambunan, Keningau, Tenom dan Kuala Penyu, selain Pantai Barat yang melibatkan Papar, Penampang, Tuaran, Kota Belud, Kota Kinabalu dan Putatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved