Hujan lebat landa tujuh negeri petang ini

LocalEnvironment
1 Oct 2026 • 2:34 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Hujan lebat landa tujuh negeri petang ini

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat serta angin kencang sehingga pukul 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan amaran berkenaan melibatkan beberapa daerah di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

“Di Perak, kawasan yang terlibat ialah Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta, manakala di Kelantan membabitkan Kuala Krai.

“Bagi Terengganu pula, amaran melibatkan Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Setiu dan Kemaman, sementara di Pahang merangkumi Jerantut, Kuantan, Lipis, Cameron Highlands dan Maran,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu di Johor, kawasan yang terlibat ialah Johor Bahru, Pontian, Kulai, Mersing dan Segamat.

“Di Sarawak, amaran dikeluarkan bagi Sibu, Bintulu, Betong, Sri Aman (Lingga, Pantu dan Sri Aman), Samarahan, Miri (Subis), Sarikei, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) serta Limbang (Lawas).

“Di Sabah pula, amaran membabitkan kawasan Pedalaman iaitu Beaufort, Membakut, Sipitang, Tambunan, Keningau, Tenom dan Kuala Penyu serta Pantai Barat meliputi Papar, Penampang, Tuaran, Kota Belud, Kota Kinabalu dan Putatan,” katanya.

MetMalaysia memaklumkan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE

The post Hujan lebat landa tujuh negeri petang ini appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved