
Amaran Hujan Lebat, Ribut Petir Di 5 Negeri Hingga Awal Pagi
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal akan melanda lima negeri sehingga jam 1 pagi nanti.
Menerusi kenyataan di Facebook, MetMalaysia memaklumkan bahawa hujan lebat akan berlaku di seluruh negeri Pulau Pinang.
Selain itu, amaran turut melibatkan negeri Kedah iaitu di Kulim dan Bandar Baharu.
Ia turut membabitkan daerah Kinta dan Kampar di negeri Perak.
Beralih ke Sarawak, hujan lebat diramal berlaku di daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.
BACA JUGA: Monsun Timur Laut Berterusan Hingga Mac Depan – MetMalaysia
Manakala di Sabah pula melibatkan daerah Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan dan Keningau) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu).
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.
The post Amaran Hujan Lebat, Ribut Petir Di 5 Negeri Hingga Awal Pagi appeared first on Siakap Keli.


