
Hujan Lebat Di 5 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang telah dikeluarkan di lima negeri dan dua Wilayah Persekutuan sehingga jam 7 malam ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), hujan lebat diramal berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Selain itu, amaran turut melibatkan negeri Kedah iaitu di daerah Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
Cuaca buruk itu juga dijangka akan melanda negeri Perak di daerah Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
BACA JUGA: Monsun Timur Laut Berterusan Hingga Mac Depan – MetMalaysia
Di negeri Selangor pula membabitkan daerah Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.
Beralih ke negeri Sarawak, hujan lebat dijangka akan melanda Kuching, Serian, Samarahan, Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu dan Limbang.
Manakala di negeri Sabah pula melibatkan daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan dan Penampang) dan Tawau.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia.
Sumber: Malaysian Meteorological Department
The post Hujan Lebat Di 5 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini appeared first on Siakap Keli.



