Amaran hujan lebat, ribut petir di sembilan negeri

LocalEnvironment
1 Aug 2026 • 5:09 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Amaran hujan lebat, ribut petir di sembilan negeri
MetMalaysia menerusi amaran pada jam 3.45 petang memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda sembilan negeri, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Sembilan negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga jam 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran pada jam 3.45 petang memaklumkan cuaca itu dijangka melanda Perak melibatkan Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Mualim.

Di Pantai Timur, negeri terlibat ialah Kelantan di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh manakala di Terengganu meliputi Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun serta Kemaman.

Amaran sama dikeluarkan bagi Pahang melibatkan Raub, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin selain Jelebu serta Seremban di Negeri Sembilan.

Ramalan itu juga melibatkan seluruh Selangor manakala di Johor membabitkan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing serta Pontian.

Bagi Sarawak, kawasan yang dijangka terjejas ialah Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu (Kanowit), Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Song), Miri (Beluru dan Telang Usan) dan Limbang.

Di Sabah, amaran tersebut melibatkan bahagian Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat serta Kudat (Kota Marudu). - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved