
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga pukul 7 malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya memaklumkan, antara kawasan terlibat di Perak ialah Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh), Terengganu (Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman).
“Pahang turut terlibat melibatkan Raub, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin, selain Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya serta Negeri Sembilan (Jelebu dan Seremban),” katanya.
Menurut MetMalaysia, amaran sama turut melibatkan Johor membabitkan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Pontian.
“Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu (Kanowit), Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Song), Miri (Beluru dan Telang Usan) serta Limbang (Limbang).
“Di Sabah pula, amaran melibatkan kawasan Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat dan Kudat (Kota Marudu) sehingga pukul 7 malam, Sabtu, 1 Ogos 2026,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk hujan petang ini appeared first on Kosmo Digital.






