Amaran hujan lebat tahap buruk, waspada di 6 negeri

LocalEnvironment
10 Dec 2024 • 1:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hujan lebat berterusan tahap buruk diramal melanda Terengganu dan Pahang sehingga esok. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat tahap buruk dan waspada di enam negeri yang diramal berlaku hingga esok dan Khamis ini.

Ketua Pengarahnya, Dr Mohd Hisham Mohd Anip menerusi kenyataan dikeluarkan pada 1 tengah hari ini memaklumkan, hujan lebat berterusan tahap buruk diramal melanda empat daerah di Terengganu iaitu Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman selain Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang sehingga esok.

Hujan berterusan tahap waspada sehingga Khamis ini dijangka berlaku di seluruh Perlis dan beberapa kawasan di Kedah melibatkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling.

Turut dijangka mengalami cuaca sama hingga Khamis di Perak melibatkan kawasan Hulu Perak dan Kuala Kangsar, seluruh Kelantan dan Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu).

Beberapa kawasan di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Temerloh dan Bera dijangka mengalami hujan berterusan tahap waspada hingga esok.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan itu dan menghubungi talian hotline 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved