Banjir: Jumlah mangsa kembali meningkat susulan amaran hujan lebat berterusan

LocalPolitics
10 Dec 2024 • 7:36 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Jumlah mangsa banjir kembali menunjukkan peningkatan setakat jam 6 pagi Selasa. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir kembali menunjukkan peningkatan setakat jam 6 pagi Selasa susulan amaran hujan lebat berterusan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hingga Rabu ini.

Dua negeri di pantai timur kembali membuka semula pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan Terengganu dan Pahang.

Kemas kini di Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan 1,093 mangsa daripada 326 keluarga kini ditempatkan di 27 PPS, di tujuh negeri.

Terengganu kembali mencatatkan peningkatan jumlah mangsa dengan 467 orang yang ditempatkan di 11 PPS.

Manakala di Pahang, 4 PPS dibuka untuk menempatkan 45 mangsa daripada 13 keluarga.

Negeri-negeri selatan tanah air turut menunjukkan peningkatan sedikit dengan Johor mencatatkan 166 mangsa manakala Melaka kekal 11 orang di satu PPS yang masih dibuka.

Perak pula merekodkan 112 mangsa daripada 36 keluarga di 3 PPS.

Sementara di Negeri Sembilan, 251 mangsa kini ditempatkan di 3 PPS.

Di Sabah, 41 mangsa daripada 10 keluarga masih ditempatkan di satu PPS. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved