
Amaran Luruan Monsun Bermula 1 Januari Ini – MetMalaysia
Jabatan Meoteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran luruan monsun yang dijangka berlaku pada 1 Januari hingga 5 Januari 2026.
Menurut kenyataan itu, fenomena ini berpotensi menyebabkan hujan berterusan di Sarawak serta angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan.
“Analisis terhadap model-model ramalan cuaca menunjukkan bahawa luruan monsun dijangka memasuki rantau negara bermula pada 1 hingga 5 Januari 2026.
“Keadaan ini berpotensi membawa hujan lebat berterusan di Sarawak serta angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan dalam tempoh tersebut,” maklum MetMalaysia lagi.
Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi cuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.
https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02yV7sjbca2Z9vx6pPRzZm95siWqZMTPbktkzv31tToMLXxrf1Ww2q3GT4uHqzAAbYl
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia
BACA: Abu Bakar Hamzah Umum Potong Gaji RM3,000, Exco RM1,500
The post Amaran Luruan Monsun Bermula 1 Januari Ini – MetMalaysia appeared first on Siakap Keli.



