Amaran ribut petir, angin kencang landa 9 negeri, Labuan - MetMalaysia

LocalEnvironment
24 May 2026 • 5:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Amaran ribut petir, angin kencang landa 9 negeri, Labuan - MetMalaysia
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan serta sembilan negeri hingga 7 malam ini. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan serta sembilan negeri hingga 7 malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa keadaan cuaca buruk itu, dijangka melanda seluruh negeri Terenganu; Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Mualim) dan Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh).

Di Pahang, kawasan yang terlibat ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin manakala di Selangor melibatkan daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Sementara itu, di Negeri Sembilan, kawasan terlibat ialah Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin, manakala di Johor melibatkan Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Menurut kenyataan itu, amaran sama dikeluarkan bagi beberapa daerah di Sarawak termasuk Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Kapit (Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.

Di Sabah, kawasan diramal terjejas ialah Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran) dan Kudat. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved