Amaran ribut petir, hujan lebat di Selangor, Putrajaya hingga 7 malam

LocalEnvironment
23 May 2026 • 5:19 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Amaran ribut petir, hujan lebat di Selangor, Putrajaya hingga 7 malam

SHAH ALAM, 23 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa negeri termasuk Selangor, Pahang, Johor dan Sabah sehingga jam 7 malam ini.

Antara kawasan terjejas di Selangor ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang selain turut melibatkan Putrajaya.

Turut menerima amaran ialah beberapa daerah di Perak, Terengganu, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berlaku melebihi satu jam.

Katanya, amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Image from: Amaran ribut petir, hujan lebat di Selangor, Putrajaya hingga 7 malam