Amaran ribut petir dan hujan lebat di 10 negeri, Wilayah Persekutuan

13 Nov 2025 • 8:28 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri serta Wilayah Persekutuan sehingga 9 malam ini

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri serta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya hingga 9 malam ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan pada petang ini memaklumkan negeri terlibat ialah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Keadaan cuaca sama diramal berlaku di Sarawak melibatkan Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit, Bintulu dan Limbang (Lawas).

Selain itu, amaran itu turut membabitkan Sabah di Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran) serta Kudat. – Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved