Amaran Ribut Petir Di 5 Negeri – METMalaysia

5 Nov 2025 • 4:13 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Amaran Ribut Petir Di 5 Negeri – METMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 7 petang, hari ini.

Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak.

“Di Pahang, daerah yang terlibat adalah Kuantan, manakala Negeri Sembilan membabitkan daerah Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin.

“Di Melaka pula, daerah yang terlibat adalah Jasin, manakala Johor membabitkan daerah Tangkak dan Muar.

“Sementara itu, daerah terlibat di Sarawak adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Betong), Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi),” maklum METMalaysia.

Orang ramai diminta waspada

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

BACA: Sampai Pakai Mic, Berdekah Tengok Abang Courier ‘Seru’ Owner Parcel