Hujan Lebat Dijangka Landa Tujuh Negeri Pagi Ini

LocalEnvironment
5 Nov 2025 • 9:51 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Hujan Lebat Dijangka Landa Tujuh Negeri Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat melibatkan tujuh negeri sehingga jam 10 pagi ini.

Menerusi amaran yang dimuat naik di laman Facebook jabatan berkenaan, hampir keseluruhan kawasan di negeri Perlis dan Pulau Pinang dijangka alami cuaca buruk.

Di Kedah, antara daerah yang dijangka hujan lebat pagi ini termasuk Langkawi, Kubang Pasu dan Kota Setar. Begitu juga Pokok Sena, Kulim dan Bandar Baharu.

Terus ke Perak, MET Malaysia meramalkan beberapa daerah alami hujan lebat. Antaranya Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Manakala di Selangor, hanya daerah Sabak Bernam, Kuala Langat dan Sepang dijangka alami cuaca buruk pagi ini.

Seterusnya di Negeri Sembilan, daerah Port Dickson diramalkan hujan lebat.

Beralih ke Sarawak, amaran hujan lebat melibatkan daerah Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” maklum jabatan tersebut.

image is not available
Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)

Amaran Hujan Berterusan Terkini

Terdahulu, MET Malaysia turut mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan pada Tahap Buruk dan Waspada melibatkan beberapa kawasan di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Amaran ini berkuat kuasa sehingga hari ini.

Amaran hujan berterusan pada Tahap Buruk dijangka melibatkan daerah Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Sabah. Begitu juga Wilayah Persekutuan Labuan.

Manakala bagi daerah Pedalaman (Sipitang) dan Kudat pula, amaran hujan berterusan adalah pada Tahap Waspada.

Orang ramai dinasihat sentiasa mengamalkan langkah berjaga-jaga ketika berada di luar dan elak berada di kawasan berisiko.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)