Amaran Ribut Petir Di 7 Negeri, 1 WP - METMalaysia

LocalEnvironment
18 Jun 2026 • 4:45 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Amaran Ribut Petir Di 7 Negeri, 1 WP - METMalaysia

Amaran Ribut Petir Di 7 Negeri, 1 WP - METMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 7 malam, hari ini.

Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Kedah, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah. Selain itu, keadaan serupa dijangka berlaku di keseluruhan WP Labuan.

"Di Kedah, daerah terlibat adalah Langkawi, manakala Pahang membabitkan Bentong, Maran dan Rompin, dan Selangor melibatkan Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

"Di Negeri Sembilan pula, daerah terlibat adalah Jelebu, manakala Johor membabitkan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi.

"Sementara itu, daerah terlihat di Sarawak adalah Sarawak: Kuching (Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Marudi) dan Limbang.

"Manakala, Sabah membabitkan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat)," maklum METMalaysia.

Orang ramai diminta waspada

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Baca juga:

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.