Lagi amaran ribut petir, angin kencang, hujan lebat di 6 negeri, Labuan

LocalEnvironment
18 Jun 2026 • 10:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lagi amaran ribut petir, angin kencang, hujan lebat di 6 negeri, Labuan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri serta Labuan hingga 1 pagi, Jumaat.Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri serta Labuan hingga 1 pagi, Jumaat.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, amaran itu melibatkan Kedah (Padang Terap, Sik dan Baling), Perak (Hulu Perak), Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai) serta Pahang (Jerantut).

Di Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) serta Limbang (Limbang).

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Sabah melibatkan kawasan pedalaman (Kuala Penyu), Pantai Barat (Putatan dan Ranau) serta Sandakan (Telupid dan Beluran), selain Labuan.- Bernama