Amaran Ribut Petir Di 7 Negeri, WP – METMalaysia

1 Jul 2025 • 9:45 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Amaran Ribut Petir Di 7 Negeri, WP – METMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 1 pagi ini.

Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah, serta keseluruhan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Di Kelantan, daerah terlibat adalah Gua Musang, manakala Terengganu membabitkan daerah Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

“Sementara itu, daerah terlibat di Pahang adalah Lipis, Jerantut dan Temerloh, manakala Johor membabitkan daerah Mersing dan Kota Tinggi,” maklum METMalaysia.

Selain itu, cuaca buruk juga dijangka melanda negeri Sarawak membabitkan daerah Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sarikei (Julau), Sibu dan Bintulu (Tatau).

Di Sabah pula, daerah terlibat adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan) dan Tawau.

Orang ramai diminta waspada

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Sumber: METMalaysia