
Amaran Ribut Petir Di 8 Negeri, 1 WP – METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 7 malam, hari ini.
Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah, selain keseluruhan WP Kuala Lumpur.
“Di Perak, daerah terlibat adalah Larut, Matang Dan Selama dan Kuala Kangsar, manakala Terengganu membabitkan daerah Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.
“Di Pahang pula, daerah terlibat adalah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Kuantan dan Rompin, selain daerah Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat di Selangor.
“Selain itu, Negeri Sembilan membabitkan daerah Jelebu, Seremban dan Kuala Pilah, manakala Johor membabitkan daerah Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” maklum METMalaysia.
Sementara itu, daerah terlibat di Sarawak adalah Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu, Miri (Beluru dan Telang Usan) dan Limbang (Lawas).
Manakala di Sabah, daerah terlibat adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan).
Orang ramai diminta waspada
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Sumber: METMalaysia
The post Amaran Ribut Petir Di 8 Negeri, 1 WP – METMalaysia appeared first on Siakap Keli.


