Ribut, Angin Kencang Badai Beberapa Kawasan Di Kuala Lumpur

Local
22 Sep 2025 • 6:34 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ribut, Angin Kencang Badai Beberapa Kawasan Di Kuala Lumpur

Beberapa kawasan sekitar ibu negara dilaporkan dilanda ribut disertai tiupan angin kencang petang ini, sekali gus menimbulkan suasana cemas dalam kalangan penduduk.

Fenomena cuaca itu menyebabkan kawasan perumahan, premis perniagaan serta beberapa jalan raya utama di sekitar Kuala Lumpur turut terjejas.

Di media sosial, banyak penduduk berkongsi pengalaman masing-masing apabila ribut melanda.

Beberapa video dan gambar yang tular menunjukkan keadaan cemas, termasuk tiupan angin kencang yang menggegarkan kawasan persekitaran serta menimbulkan panik kepada orang awam.

@aaaawaaaaaa2

Allahhuakhbar allahhuakhbar allahhuakhbar

♬ suara asli – putra Altaf – putra Altaf

@its.meizzs

Borak dekat belakang tak synchronized

♬ original sound – Mucci – Mucci

@mrs_libra19

semoga di pemudahkan yang terlibat..tabah hadapi dugaan..saya sendiri lihat dan sempat alihkan kereta dalam keadaan ribut..#trending #fyp #ribut #pantaidalam

♬ suara asli – putra Altaf – putra Altaf

Setakat ini, tiada laporan rasmi mengenai kecederaan atau kemalangan jiwa diterima.

Untuk makluman, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini pernah mengeluarkan amaran berhubung cuaca tidak menentu di beberapa negeri, termasuk Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar lebih berwaspada dan mengelakkan aktiviti luar ketika hujan lebat. Mereka juga disarankan segera mencari perlindungan di kawasan selamat sekiranya berlaku ribut.

Pengguna jalan raya pula diingatkan supaya memandu dengan berhati-hati serta peka terhadap keadaan sekeliling. Ini khususnya ketika melalui kawasan berhampiran pokok besar atau struktur binaan sementara yang berisiko tumbang akibat angin kencang.

Sumber: Orang awam

View Original Article