
Amaran Ribut Petir Di 8 Negeri, 1 WP – METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 7 malam ini.
Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor dan Sarawak, selain keseluruhan negeri Perlis dan WP Kuala Lumpur.
“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
“Di Perak, daerah terlibat adalah Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
“Di Kelantan pula, daerah terlibat adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai, manakala Terengganu membabitkan Dungun dan Kemaman.
“Selain itu, Pahang membabitkan daerah Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Kuantan, selain Sabak Bernam, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat di Selangor,” maklum METMalaysia.
Tambah METMalaysia, daerah terlibat di Sarawak adalah membabitkan Kuching (Bau dan Kuching), Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau dan Sebauh).
Orang ramai diminta waspada
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Sumber: METMalaysia
The post Amaran Ribut Petir Di 8 Negeri, 1 WP – METMalaysia appeared first on Siakap Keli.

