Johor Dilanda Gempa Bumi Ketujuh, Gegaran 3.0 Dikesan Di Batu Pahat

LocalEnvironment
31 Aug 2025 • 4:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Satu lagi gegaran akibat gempa bumi lemah dilaporkan berlaku sekitar kawasan Semerah, Batu Pahat pada pukul 1.57 tengah hari, hari ini.

Menerusi pemberitahuan automatik Google, gegaran tersebut direkodkan pada magnitud 3.0 di kawasan berkenaan.

Setakat ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian tersebut.

image is not available
Notifikasi Google yang mengesan terdapatnya gegaran di sekitar Batu Pahat, hari ini.

Kejadian gempa bumi ini bukanlah yang pertama dilaporkan di Johor.

Ini merupakan gegaran ketujuh, termasuk enam kejadian terdahulu di kawasan Segamat dan Yong Peng.

Kejadian sebelum ini, yang turut direkodkan oleh MetMalaysia, dilaporkan mempunyai magnitud antara 2.5 hingga 3.2.

Fenomena gempa bumi lemah ini dipercayai berpunca daripada aktiviti sesar tempatan yang aktif di sekitar kawasan berkenaan, sekali gus menimbulkan kebimbangan penduduk terhadap tahap keselamatan infrastruktur dan bangunan lama.

MetMalaysia dalam kenyataan sebelum ini menasihatkan orang ramai supaya kekal tenang dan tidak mudah panik setiap kali gegaran dirasai kerana kebanyakannya tidak memberi impak serius.

Bagaimanapun, agensi itu menegaskan pemantauan berterusan sedang dilakukan bagi mengesan sebarang risiko susulan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.