Amaran Ribut Petir Di 8 Negeri, 1 WP – METMalaysia

LocalEnvironment
9 Nov 2025 • 5:57 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Amaran Ribut Petir Di 8 Negeri, 1 WP – METMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 9 malam, hari ini.

Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah, selain keseluruhan WP Labuan.

“Di Kelantan, daerah terlibat adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai, manakala Terengganu membabitkan Besut.

“Di Pahang, daerah terlibat adalah Bentong, Temerloh dan Bera, manakala Selangor membabitkan Hulu Selangor.

“Di Negeri Sembilan pula, daerah terlibat adalah Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin, manakala Johor membabitkan Kota Tinggi,” maklum METMalaysia.

Sementara itu, daerah terlibat di Sarawak adalah Sri Aman, Sarikei (Julau dan Meradong), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Telang Usan) dan Limbang.

Manakala, di Sabah membabitkan daerah Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu.

Orang ramai diminta waspada

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

BACA: Sampai Pakai Mic, Berdekah Tengok Abang Courier ‘Seru’ Owner Parcel

Sumber: METMalaysia

The post Amaran Ribut Petir Di 8 Negeri, 1 WP – METMalaysia appeared first on Siakap Keli.