
Lima Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di lima negeri hingga jam 7 malam ini.
Menurut kenyataan itu, negeri yang terlibat adalah Kedah, Perak, Kelantan, Pahang dan Sarawak.
“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling. Manakala di Perak pula melibatkan kawasan Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar.
“Selain itu, di Kelantan termasuk Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang. Bagi Pahang, daerah yang terlibat adalah Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Jerantut.
“Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Kuching (Bau dan Lundu), Serian (Tebedu), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau) dan Miri (Subis, Beluru dan Marudi),” maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02cvjTVYoY3AMJHmzXXfQC4CKwDSwZA37YAWbxGMuEa4k11GpwYf7SMPub1KPPTwEl
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia
The post Lima Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini appeared first on Siakap Keli.

