Amaran Ribut Petir Di 8 Negeri, WP – METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 9 malam ini.
Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah, serta keseluruhan Wilayah Persekutuan Labuan.
“Di Perak, daerah terlibat adalah Hulu Perak, manakala negeri Kelantan membabitkan daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai.
“Di Terengganu pula, daerah terlibat adalah Dungun dan Kemaman, selain daerah Raub, Temerloh, Kuantan dan Rompin di Pahang.
“Selain itu, daerah terlibat di Johor adalah Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” maklum METMalaysia.
Di sisi lain, Sarawak pula membabitkan daerah Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu, Miri (Marudi) dan Limbang.
Sementara itu, daerah terlibat di Sabah pula adalah Pedalaman, Pantai Barat, Tawau (Tawau dan Semporna), Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran) dan Kudat.
Orang ramai diminta waspada
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Sumber: METMalaysia
The post Amaran Ribut Petir Di 8 Negeri, WP – METMalaysia appeared first on Siakap Keli.




