
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang melibatkan beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan sehingga pukul 9 malam ini.
Menurut MetMalaysia menerusi kenyataan di Facebook, bagi negeri Perak, kawasan yang terlibat ialah Kinta, Kampar, Kuala Kangsar, Hulu Perak dan Batang Padang.
“Di Kelantan, amaran melibatkan Jeli, Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Gua Musang dan Bachok.
“Turut terjejas ialah Terengganu melibatkan Hulu Terengganu, Dungun, Kemaman, Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus,” katanya.
Di Pahang, kawasan yang terlibat ialah Jerantut, Lipis, Cameron Highlands, Kuantan, Maran, Temerloh dan Raub, manakala di Johor membabitkan Segamat.
Di Sarawak, amaran melibatkan Marudi dan Bario di Miri, Limbang, Julau di Sarikei, Kanowit di Sibu serta Sri Aman, Pantu dan Lubok Antu di Sri Aman.
Sementara itu, di Sabah, kawasan yang terjejas ialah Tenom, Sipitang, Beaufort, Kuala Penyu, Membakut, Keningau, Tambunan dan Sook di Pedalaman, Sandakan serta Ranau di Pantai Barat.
Amaran sama turut melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan.
MetMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi satu jam.
“Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Amaran ribut petir di beberapa negeri hingga malam appeared first on Kosmo Online.




