Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri

LocalEnvironment
27 Oct 2026 • 5:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan tujuh negeri sehingga jam 7 malam pada Selasa.

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan tujuh negeri sehingga jam 7 malam pada Selasa.

MetMalaysia menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada jam 3.45 petang memaklumkan, negeri terlibat ialah Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Sabah.

Di Perak, kawasan yang dijangka terjejas ialah Kerian, Kampar, Kuala Kangsar dan Hulu Perak, manakala di Kelantan melibatkan seluruh negeri.

Bagi Terengganu, amaran dikeluarkan untuk kawasan Marang, Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu.

Di Pahang pula, kawasan terlibat ialah Rompin, Bera, Bentong, Raub, Temerloh, Maran, Cameron Highlands, Lipis, Kuantan dan Pekan.

Sementara itu, di Selangor, kawasan yang dijangka mengalami cuaca buruk ialah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

Amaran sama turut melibatkan Seremban, Port Dickson, Jelebu, Rembau, Kuala Pilah dan Jempol di Negeri Sembilan.

Di Sabah, kawasan terjejas melibatkan Pantai Barat, Sandakan dan Tawau.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved