Amaran ribut petir di enam negeri - MetMalaysia

LocalEnvironment
23 May 2026 • 12:49 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Amaran ribut petir di enam negeri - MetMalaysia
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda enam negeri pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda enam negeri hingga 3 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Dalam kenyataan pada Sabtu, MetMalaysia memaklumkan bahawa negeri Pantai Timur yang terlibat ialah Terengganu (Kuala Terengganu dan Marang) dan Pahang (Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin).

Di Pantai Barat Semenanjung pula, keadaan sama dijangka melanda keseluruhan negeri Melaka serta Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin).

Di Johor kawasan terlibat ialah Tangkak, Segamat, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Sementara itu, di Sabah amaran yang sama dikeluarkan bagi kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat). - Bernama