Amaran ribut petir di enam negeri petang ini

LocalEnvironment
13 Oct 2024 • 4:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir di enam negeri sehingga jam 6 petang ini. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di enam negeri sehingga jam 6 petang ini.

Menerusi kenyataan dimuat naik di media sosial jabatan itu, Sarawak dijangka paling terjejas dengan cuaca tersebut, antaranya di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri

Negeri lain ialah Kedah melibatkan daerah Sik, Baling dan Kulim selain Hulu Perak (Perak); Machang, Kuala Krai dan Gua Musang (Kelantan); Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman (Terengganu) serta Jerantut dan Kuantan (Pahang).

MetMalaysia memaklumkan amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved