
Lapan Negeri Dijangka Hujan Lebat Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga jam 9 malam ini.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, negeri yang diramal mengalami cuaca buruk itu termasuklah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sarawak.
Bagi negeri Perlis dan Pulau Pinang, seluruh kawasan di negeri itu dijangka hujan hingga malam ini.
“Bagi negeri Kedah, daerah yang terlibat adalah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
“Manakala di Perak melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta.
“Di Kelantan, hanya daerah Jeli yang diramal hujan sementara di Terengganu di kawasan Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.
“Sementara itu, tiga daerah di Pahang dijangka hujan iaitu Lipis, Jerantut dan Kuantan.
“Beralih ke Sarawak, kawasan yang dijangka hujan hingga malam ini termasuk Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Sarikei), Sibu (Selangau), Mukah (Tanjung Manis, Dalat dan Mukah) dan Miri (Marudi),” maklum METMalaysia.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia
The post Lapan Negeri Dijangka Hujan Lebat Hingga Malam Ini appeared first on Siakap Keli.


