Amaran ribut petir, hujan di Lembah Klang hingga 9 malam

27 Aug 2022 • 6:32 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 27 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 9 malam ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan sama dijangka turut melibatkan beberapa negeri lain antaranya seluruh Perak serta Kedah di Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Manakala Kelantan pula meliputi Jeli dan Gua Musang, Terengganu (Dungun dan Kemaman), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Temerloh), Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol) serta Johor (Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Sarawak pula di Kuching (Lundu), Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Betong (Pusa dan Betong), Sibu (Sibu dan Kanowit), Bintulu (Bintulu) dan Miri (Subis) serta Sabah iaitu Pedalaman (Kuala Prnyu dan Beaufort), Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved