Amaran ribut petir, hujan lebat di lima negeri

26 Aug 2022 • 4:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

image is not available
MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk melibatkan lima negeri petang Jumaat. Foto hiasan.

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk melibatkan lima negeri petang Jumaat.

MetMalaysia menerusi ciapan di laman Twitter melaporkan, ribut petir berlaku di lima negeri iaitu Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor serta Sabah dan dijangka berlarutan sehingga jam 6 petang.

Ribut petir serta hujan lebat di Pahang melibatkan daerah Bera, Pekan dan Rompin manakala di Negeri Sembilan, daerah terlibat adalah Tampin dan Jempol.

**media[1888257]**

Di Johor, daerah terlibat adalah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi manakala di Sabah melibatkan Pedalaman (Kuala Penyu, Beufort, Keningau, Tambunan); Pantai Barat (Papar, Penanpang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau); Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Tangod, Kenabatangan, Sandakan).