Amaran ribut petir, hujan lebat, angin kencang di beberapa negeri sehingga 5 petang

LocalEnvironment
27 Dec 2024 • 3:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
MetMalaysia pada Jumaat mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga jam 5 petang ini. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Jumaat mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga jam 5 petang ini.

Di Perak, kawasan terlibat adalah Kinta, Kampar, Hilir Perak dan Batang Padang, Pahang (Tanah Tinggi Cameron) dan Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat).

Amaran sama turut melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Jelebu), Johor (Segamat dan Kluang), Sarawak (Limbang) dan Sabah melibatkan Pedalaman, Pantai Barat dan Sandakan (Tongod). - Barnama