Tiga Negeri Dijangka Dilanda Hujan Berterusan Sehingga 30 Disember Ini

27 Dec 2024 • 5:41 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

METMalaysia Keluar Amaran Hujan Berterusan Di 3 Negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan pada tahap waspada melibatkan tiga negeri.

Dalam pada itu, hujan berterusan diramal melanda beberapa kawasan di Sabah iaitu Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat dan Tawau (Lahad Datu).

Manakala amaran ini turut melibatkan daerah Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat bermula 28 sehingga 30 Disember 2024.

Amaran hujan berterusan dijangka berlaku di Pantai Timur

Sementara itu, beberapa kawasan di dua negeri diramal menerima hujan berterusan pada tahap waspada bermula 29 hingga 30 Disember 2024.

Di Pahang, cuaca buruk berterusan ini melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai

METMalaysia memaklumkan bahawa amaran hujan berterusan turut melibatkan seluruh Terengganu.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihat agar berwaspada dan ambil langkah berjaga-jaga ketika perubahan cuaca berlaku.

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02FsoigygA26G3aorNdeU6b9GP1vskdHWPfZ7w3sjkhM1HmwBdTvhiPo3g8NonoLgTl