Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri

LocalEnvironment
21 Sep 2024 • 4:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri hingga jam 6 petang ini. - Gambar hiasan 123RF

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri hingga jam 6 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu meliputi Perlis dan Kedah melibatkan daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Padang Terap.

Selain itu, beberapa kawasan di Sarawak iaitu Kuching, Sri Aman dan Sarikei (Pakan dan Julau) dijangka mengalami fenomena cuaca yang sama.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran itu bagi Sandakan, Sabah merangkumi Telupid, Kinabatangan dan Beluran. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved