Amaran ribut petir, hujan lebat di 10 negeri

LocalEnvironment
19 Jul 2026 • 2:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Amaran ribut petir, hujan lebat di 10 negeri
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang yang dijangka melanda 10 negeri dan tiga Wilayah Persekutuan sehingga pukul 5 petang ini.

Menurut MetMalaysia, negeri yang terlibat ialah Perlis, Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah, manakala Wilayah Persekutuan yang berada di bawah amaran ialah Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Di Kedah, kawasan yang dijangka terjejas meliputi Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Padang Terap. Di Perak pula membabitkan Manjung, Perak Tengah dan Hilir Perak, manakala di Pahang melibatkan Cameron Highlands, Raub, Bentong serta Rompin.

Bagi Selangor, amaran meliputi Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang. Di Negeri Sembilan, kawasan yang terlibat ialah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.

Sementara itu, di Johor, cuaca buruk dijangka melanda Tangkak, Segamat dan Muar.

Di Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Kuching, Samarahan, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song) serta Miri (Subis, Telang Usan dan Miri). Di Sabah pula, amaran melibatkan Kuala Penyu di bahagian Pedalaman serta daerah Tawau dan Semporna di bahagian Tawau.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti perkembangan cuaca semasa dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini sepanjang tempoh amaran berkuat kuasa.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved