Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa Kebanyakan Negeri Petang Ini

LocalEnvironment
19 Jul 2026 • 2:24 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa Kebanyakan Negeri Petang Ini

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa Kebanyakan Negeri Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di 10 negeri dan semua Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 5 petang ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri diramal hujan seperti Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah selain seluruh kawasan Perlis, Melaka, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan WP Labuan.

"Di Kedah, daerah yang diramal hujan adalah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Padang Terap. Manakala di Perak pula melibatkan Manjung, Perak Tengah dan Hilir Perak.

"Bagi Pahang pula meliputi daerah Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong dan Rompin. Sementara di Selangor seperti Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

"Di Negeri Sembilan pula beberapa kawasan diramal hujan seperti Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin. Di Johor termasuk Tangkak, Segamat dan Muar.

"Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Kuching (Kuching), Samarahan, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song) dan Miri (Subis, Telang Usan dan Miri).

"Bagi Sabah pula seperti Pedalaman (Kuala Penyu) dan Tawau (Tawau dan Semporna)," maklum kenyatan itu.

Baca juga:

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved