Amaran ribut petir, hujan lebat di 10 negeri

LocalEnvironment
12 Oct 2026 • 3:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Amaran ribut petir, hujan lebat di 10 negeri
MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri hingga jam 6 petang ini. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri hingga jam 6 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda beberapa kawasan di Perak, iaitu Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Selama; Kelantan (Jeli dan Gua Musang); Terengganu (Dungun, Hulu Terengganu dan Kemaman); serta Pahang (Pekan, Lipis, Jerantut, Kuantan, Raub, Temerloh, Bentong, Maran, Rompin dan Cameron Highlands).

Di Selangor pula, kawasan terlibat ialah Sepang dan Hulu Langat; Putrajaya; Negeri Sembilan membabitkan Jelebu, Seremban, Port Dickson, Rembau dan Kuala Pilah; manakala kawasan terjejas di Johor ialah Kota Tinggi, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Sarawak di Limbang, dan Miri (Bario); Sabah di Kudat, Pantai Barat, Pedalaman (Tambunan, Sipitang, Beaufort, Membakut, Keningau, Tenom dan Kuala Penyu), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan dan Paitan) serta Labuan. - Bernama

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved