Ribut petir dijangka landa Sepang, Hulu Langat hingga 6 petang

LocalEnvironment
12 Oct 2026 • 3:47 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Ribut petir dijangka landa Sepang, Hulu Langat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 12 OKT: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Sepang dan Hulu Langat di Selangor serta beberapa kawasan lain di seluruh negara sehingga jam 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran cuaca memaklumkan Putrajaya turut dijangka mengalami keadaan sama.

Di Negeri Sembilan, kawasan terlibat ialah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Rembau dan Kuala Pilah, manakala di Johor meliputi Kota Tinggi, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Amaran turut dikeluarkan bagi Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Selama di Perak serta Jeli dan Gua Musang di Kelantan.

Di Terengganu, kawasan dijangka terjejas ialah Dungun, Hulu Terengganu dan Kemaman.

Sementara itu, 11 kawasan di Pahang turut menerima amaran iaitu Pekan, Lipis, Jerantut, Kuantan, Raub, Temerloh, Bentong, Maran, Rompin dan Cameron Highlands.

Di Sarawak, amaran melibatkan Limbang serta Bario di Miri, manakala Sabah merangkumi Kudat, Pantai Barat dan beberapa kawasan di Pedalaman, Tawau serta Sandakan.

Kawasan terlibat di Pedalaman Sabah ialah Tambunan, Sipitang, Beaufort, Membakut, Keningau, Tenom dan Kuala Penyu, selain Lahad Datu di Tawau serta Kinabatangan dan Paitan di Sandakan.

Wilayah Persekutuan Labuan turut dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga petang ini.

MetMalaysia menjelaskan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda hujan dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi sejam.

Amaran berkenaan bersifat jangka pendek dengan tempoh sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Image from: Ribut petir dijangka landa Sepang, Hulu Langat hingga 6 petang

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved