Amaran ribut petir, hujan lebat di 10 negeri, tiga Wilayah Persekutuan

LocalEnvironment
24 Nov 2024 • 5:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri serta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya hingga jam 7 malam ini. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri serta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya hingga jam 7 malam ini.

Menerusi amaran cuaca yang dikeluarkan pada jam 3.35 petang, MetMalaysia memaklumkan negeri terlibat ialah Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Selain itu, di Kedah melibatkan daerah Padang Terap, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Temerloh dan Maran).

Keadaan cuaca sama diramal berlaku di Sarawak melibatkan Kuching, Bau, Serian, Tebedu, Betong, Sarikei, Pakan, Bintulu, Miri, Marudi dan Limbang, serta Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Lahad Datu dan Sandakan).

Menurut MetMalaysia, amaran ini dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved