Ribut Petir, Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Hingga Malam Ini

24 Nov 2024 • 4:29 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ribut Petir, Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri termasuk Wilayah Persekutuan hingga jam 7 malam ini.

Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Menurut MET, seluruh kawasan di negeri Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor termasuk kesemua Wilayah Persekutuan diramal mengalami cuaca buruk itu.

“Di Kedah, melibatkan daerah Padang Terap, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Pahang pula di daerah Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Temerloh dan Maran.

“Sementara itu, di Sarawak pula melibatkan kawasan Kuching (Bau dan Kuching), Serian (Tebedu), Betong, Sarikei (Pakan dan Sarikei), Bintulu, Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang.

“Di Sabah kawasan yang terlibat termasuklah Pedalaman, Pantai Barat, Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod).

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.