
Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 7 Negeri & 1 Wilayah Hingga Tengahari Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 12 tengah hari, hari ini.
Dalam kenyataan tersebut, beberapa daerah di negeri yang terlibat adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor, Sarawak dan Sabah, selain seluruh negeri Melaka dan Wilayah Persekutuan Labuan.
"Di Kedah, daerah terlibat adalah Langkawi, manakala Pulau Pinang membabitkan Barat Daya dan Timur Laut.
"Di Perak pula, daerah terlibat adalah Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak. Manakala Johor pula membabitkan Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian.
"Sementara itu, daerah yang terlibat di Sarawak adalah Sarikei (Julau dan Meradong), Sibu (Sibu dan Kanowit), Kapit (Kapit dan Bukit Mabong) dan Miri (Subis dan Miri).
"Beralih ke Sabah, kawasan yang diramal hujan adalah Pedalaman (Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu) dan Kudat," maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

