
Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa Lapan Negeri Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri sehingga jam 5 petang ini.
Menurut kenyataan, beberapa daerah di negeri seperti Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Johor, Sarawak, Sabah dan seluruh negeri Perlis.
Hujan Lebat Di Lapan Negeri
"Di Kedah, daerah yang diramal hujan adalah Langkawi, manakala di Perak pula melibatkan kawasan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
"Sementara itu di Pahang pula melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron dan Bentong, selain di Selangor pula melibatkan daerah Hulu Selangor.
"Di Johor, termasuk Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
"Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau).
"Bagi Sabah pula Pedalaman (Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau, Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat," maklum kenyataan itu.
Baca juga:
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut
