
Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 1 WP Hingga Awal Pagi Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang diramal akan melanda lapan negeri dan satu Wilayah Persekutuan hingga jam 1 pagi ini.
Amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Wilayah Persekutuan Labuan dan Pulau Pinang.
Dalam pada itu, fenomena cuaca berkenaan juga diramal akan melanda kawasan Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah.
Manakala hujan lebat dan petir turut diramal berlaku di Perak yang melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta.
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 8 negeri, 1 WP
MetMalaysia melaporkan bahawa amaran yang sama dikeluarkan melibatkan kawasan Jeli dan Gua Musang di Kelantan.
Beralih ke Terengganu, ia melibatkan kawasan Dungun dan Kemaman, manakala di Pahang, hujan lebat diramal berlaku di Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Jerantut.
Amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang turut membabitkan Kapit (Bukit Mabong dan Belaga), Miri (Beluru dan Telang Usan) dan Limbang di Sarawak.
Sementara itu, daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Sandakan (Tongod) di Sabah antara kawasan yang terlibat dalam amaran berkenaan.
Dalam pada itu, METMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata hantaran itu.
Baca juga: