Hujan Lebat Dijangka Badai 8 Negeri & 1 WP Hingga Malam Ini

5 Apr 2026 • 5:02 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Hujan Lebat Dijangka Badai 8 Negeri & 1 WP Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang diramal akan melanda lapan negeri dan satu Wilayah Persekutuan hingga jam 7 malam ini.

Amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, fenomena cuaca berkenaan juga diramal akan melanda kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak.

Manakala hujan lebat dan petir turut diramal berlaku di Terengganu yang melibatkan daerah Hulu Terengganu dan Dungun.

MetMalaysia melaporkan bahawa amaran yang sama dikeluarkan melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Rompin di Pahang.

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 8 negeri, 1 WP

Beralih ke Selangor, ia melibatkan kawasan Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Di Negeri Sembilan, hujan lebat diramal berlaku di Jelebu dan Jempol.

Amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang turut membabitkan Mersing, Kulai dan Kota Tinggi di Johor.

Sementara itu, daerah Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit dan Bintulu (Tatau) di Sarawak antara kawasan yang terlibat dalam amaran berkenaan.

Manakala, di Sabah pula membabitkan daerah Pedalaman (Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Tawau (Tawau).

Dalam pada itu, METMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata hantaran itu.

Orang ramai diminta waspada

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.