Amaran ribut petir, hujan lebat di 9 negeri hari ini

11 May 2025 • 10:36 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang yang melibatkan sembilan negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan, termasuk Pulau Pinang, Kedah, Pahang, Selangor, dan Sabah. - Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu melibatkan Pulau Pinang, Perlis dan Kedah iaitu di kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Bera dan Rompin di Pahang selain Hulu Langat di Selangor serta di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor iaitu di Tangkak, Segamat dan Muar.

Keadaan cuaca sama turut dijangka berlaku di Wilayah Persekutuan Labuan serta beberapa kawasan di Sabah termasuk pedalaman seperti Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau, selain kawasan Pantai Barat seperti Papar.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved